BALING: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Lt Pertahanan Awam (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata hujan lebat bermula jam 4 petang sebelum pihaknya mula menerima laporan banjir jam 6 petang.
“Air sungai naik telalu cepat dan mengakibatkn beberapa rumah dimasuki air.
“Bancian awal APM mendapati kampung terjejas adalah Kampung Bok Bak membabitkan lima rumah), Kampung Bukit Iboi (lapan), Kampung Padang Empang (lapan), Kampung Dusun (lapan), Kampung Charok Kapas (empat), Kampung Hangus (enam) dan Kampung Pak Bong (11).
“Namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan trend air mulai surut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Faizol berkata, anggota APM kini berada di kawasan terkesan akibat banjir kilat terbabit untuk membantu mangsa mencuci rumah.
Namun jelasnya, sekiranya banjir kilat berlaku sekali lagi tengah malam atau awal pagi nanti, penduduk akan dipindahkan ke PPS berdekatan bagi menjamin keselamatan mereka.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 01 2022
Anggota APM menjalankan pemantauan di kawasan terjeas banjir di Baling. - Gambar/ APM
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.